" bahasa tubuh lebih mudah dimengerti....kerana lisannya susah difahami..."
"....kau dan aku adalah satu takira apa jua..." lagu aizat peserta af5 menjadi halwa telinga qasraa maisarah. sambil berjalan ke kantin kolej, telinga qasraa disumbat dengan earphone tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. begitu la sikap seorang qasraa maisarah. seorang gadis yang tidak suka mengambil peduli tentang orang lain. gadis yang hanya hidup di dalam dunianya sendiri.
" qas! qas!" jerit nadea memanggil sahabatnya. nadea adriana atilya adalah satu-satunya sahabat qasaraa yang ada. bukan dia tidak disukai orang. tetapi qasraa lebih suka begitu. kebanyakan pelajar yang ingin mendekatinya hanyalah kerana kecantikan dan kekayaan yang dimiliknya. tidak seperti nadea yang sangat memahami dan berkawan dengannya secara ikhlas. nadea juga tidak pernah mengambil kesempatan terhadap kebaikan dan kepercayaan yang qasraa berikan padanya. " ini mesti telinga bersumbat benda alah tu." rungut nadea sendirian. dia melajukan langkah kakinya mengejar qasraa. sesampainya dia di sebelah kawannya itu, terus ditarik earphone itu dari telinga qasraa. " weh... dah penat aku jerit nama kau tau. dah berbuih dah mulut aku neh. patut la kau tak dengar. asyik melayan si aizat tu jer." bebel nadea kepada kawannya. " hahahahahahahaha.. kesian kau eh..tapi nak buat macam mana. suara aizat ni lagi sedap dari suara kau! hahahahaahahahhaha". nadea menarik muncung yang dibuat-buat tanda protes dengan kata-kata qasraa. " alamak..muncung kau sebijik dengan muncung itik arwah tok cu aku dulu la...hahahahaha...ololololo.. jangan la merajuk my dearest hunny bunny bucuk ku sayang...aku gurau je la..hehehehhe...nape ko panggil-panggil nama aku ni? rindu kat aku eh?" pujuk qasraa. " ah! tak hingin aku rindu kat kau...baik aku rindukan burung tekukur pak man belakang rumah lagi bagus! hahahahaahah".. akhirnya tercetus tawa dari mulut dua gadis jelita itu.
dari kejauhan, fariel islah memerhatikan kedua-dua gadis tersebut dengan penyesalan yang tidak terhingga. dia menyesali atas segalanya yang berlaku. " kalau lah aku berfikiran waras pada waktu dulu...mungkin sekarang aku sedang bergelak ketawa bersama mereka.. maafkan aku qas.." keluh hati fariel sendiri. bagaikan terlayar di ruang matanya apa yang berlaku dua tahun yang lalu. saat mereka mula mendaftar di kolej itu. " excuse me" ucap seorang pemuda kacak kepada dua orang gadis. " assalamualaikum" balas si gadis berambut panjang. " eh..waalaikumussalam..hehehhe..maafkan saya. i thought you were chinese.. i`m fariel" terang si pemuda. " it`s ok. dah ramai yang selalu salah sangka. my mom chinese n my dad malay. so, i banyak ikut muka mak. i`m qas... qasraa.. ni my friend nadea" balas si gadis sambil tersenyum. sejak dari detik itu mereka terus berkawan. semakin lama semakin rapat. sebagaimana raja perlukan permaisurinya, begitu lah fariel memerlukan qasraa. begitu juga nadea yang setia menjadi dayang pada kedua-duanya. sejak minggu orientasi sehinggalah ke tahun kedua pengajian mereka, mereka tidak pernah berpisah dalam apa jua aktiviti yang membabitkan kumpulan. dan akhirnya fariel dan qasraa menjalinkan hubungan cinta. qasraa merasa bangga bila berjalan di sebelah fariel yang tampan dan menjadi pujaan gadis-gadis di kampus. fariel juga begitu. bangga kerana dapat menakluki hati anak gadis tan sri azhar yang cantik jelita itu. sehinggalah pada suatu petang yg mendung....
" bagus islah! tidak sia-sia kepercayaan yang papa berikan kepada kamu. dapat jugak kamu menarik perhatian anak gadis tan sri azhar tu. kamu buatkan dia betul2 jatuh hati dan dengar cakap kamu.. bila tiba masanya nanti, azhar broadcast company akan menjadi milik kamu.. baru tan sri azhar tau siapa yang menang siapa yang kalah!" ujar tan sri reza dengan penuh keangkuhan. " saya tengah usaha la papa. sekarang ni memang saya dan qas tengah bercinta. dia percaya dengan penipuan saya selama ini. hahaha..papa hanya perlu bersabar.. qas pun dah mula mengajak saya bekerja dengan papanya setelah saya tamat belajar nanti pa." balas si anak. tanpa mereka sedari, ada sepasang telinga yang mendengar perbualan mereka...ada sepasang mata yang menyaksikan. dan dia adalah qasraa maisarah tan sri azhar!
" kenapa ni sayang? dari tadi i text you. satu pun you tak balas. you tak sihat ke sayang? i risau ni" ujar sang teruna. " stop calling me sayang fariel islah tan sri reza! i dah tau siapa you sebenar! you risaukan i atau you risaukan company papa i?!!!" balas si dara. " darling.... you cakap apa ni? i cintakan you bukan sebab harta you sayang. i sayang you tulus dari hati i".. fariel cuba melindungi kebenaran dengan kata-kata manisnya. " get lost with your love! your love is just a lie! i hate you! ALLAH masih sayangkan i dan keluarga i fariel! thats why petang tadi i tergerak hati untuk lalu di kawasan taman tu. i dah dengar segala-galanya fariel! enough fariel islah enough! " bentak qasraa maisarah kasar. malam itu hujan turun dengan lebatnya seakan-akan turut sama menangisi kepedihan hati seorang qasraa maisarah.. nadea adriana atilya hanya mampu menjadi pendengar yang setia. sejak dari malam itu, qasraa telah berubah. dia tidak lagi percaya kepada mana-mana lelaki atau perempuan yang cuba mendekatinya. hanya buku, i pad, mp4 dan nadea sahaja dunianya di kampus itu.
" qas... sebenarnya aku ada satu benda nak bagitau kau.." ujar nadea perlahan...qasraa terus menarik sebelah lagi earphone nya yang telah ditarik oleh nadea tadi. " apa hal nya? macam serius je. kau nak kahwin eh??" tuduh qasraa.." bukan la qas.. sebenarnya papa suruh aku uruskan cawangan syarikat papa di london tu lepas aku habis belajar nanti..." terang nadea..." hmmmm... akhirnya kau pun akan pergi tinggalkan aku nad.." keluh qasraa..." qas...... jangan la cakap macam tu. bila cuti aku balik la..tak pun kau pergi la bercuti di sana nanti. ataupun kau ikut aku sekali kerja dengan papa aku. nak tak?" dengan senyuman terpaksa qasraa menjawab, " kau pun tahu kan nad, aku tak ada siapa-siapa lagi dalam dunia ni selain papa. aku takkan tinggalkan papa nad. aku takkan biarkan musuh-musuh papa menjatuhkan papa di saat ketiadaan aku nad. seperti mana papa fariel cuba lakukan. aku takut papa terlepas pandang. papa pun sudah tidak berapa sihat sekarang. lepas sahaja kita grad bulan depan, aku akan terus mengambil alih tempat papa. papa akan berehat. " ucap qasraa dalam sendunya. dia sangat sensitif bila menyebut perihal yang berkaitan dengan papanya. " ye aku faham qas.. same goes with me. sebab itu la aku kena uruskan syarikat di london tu. papa dah tua untuk berulang alik ke sana. jangan risau qas.. aku takkan lupakan kau...aku harap kau pun sama. dh la...jom kita masuk kelas. kalau tak masuk kelas macam mana nak grad! hehehehhe." kata nadea cuba menutup kesedihan yang mereka rasai. itu cerita tiga tahun yang lalu..
sekarang... qasraa maisarah adalah satu nama yang gah dalam bidang broadcasting. beliau menyambung kegemilangan yang dicapai oleh papanya..dia menjadi seorang wanita bekerjaya dan berjaya. walaupun dia seorang yang hebat, tetapi dia selalu berpesan kepada pekerja-pekerja di syarikatnya supaya berkomunikasi dengan pelanggan menggunakan bahasa yang baik,maniskan muka dan ikhlas melakukan kerja. dia juga disenangi dan disayangi oleh pekerjanya kerana dia sentiasa merendah diri dan tidak sombong. dia sentiasa mengingatkan mereka bahawa komunikasi yang baik akan memberi kesan yang baik bagi sesebuah organisasi.
bersambung...
ni 1st time 2lis cerpen...tlg komen smoga dpt diperbaiki nt....
ReplyDelete