Wednesday, 23 March 2011

" komunikasi Chenta 2 "

sambungan...

pada suatu pagi.....
" excuse me encik..awak parking di petak parking saya.." ujar seorang wanita tegas dalam kelembutan. 'sudahlah lambat nak pergi mesyuarat ni.mamat ni boleh pulak selamba parking kat tempat aku...haishhhh...sabar qasraa sabar..' gumamnya di dalam hati. " opppss.. sorry.. saya tak perasan la cik,ada nombor plat kereta cik. " ujar pemuda tadi dengan senyuman. dia pun mengubah kenderaan ke tempat lain. qasraa tergesa-gesa meninggalkan tempat parking kerana sudah terlambat. sedangkan pemuda tadi terkial-kial mencari parking lain. setelah itu dia pun berlari-lari anak dan memboloskan diri ke dalam menara azhar itu.
sebaik sahaja tamat mesyuarat itu, qasraa keluar dari bilik mesyuarat dengan hati yang terbakar. dengan pantas dia menelefon sahabatnya yang berada nun jauh di negara atas angin.." nad........" rintih qasraa.." sayang... kenapa ni?? what`s wrong with you dear?" tanya nadea dengan perasaan bimbang yang berkocak di hati. " i jumpa dia nad...i jumpa dia....kenapa dia perlu muncul lagi nad...kenapa? apa lagi muslihat dia...i tak sanggup nad..walaupun i cuba membenci dia, tapi hakikatnya i sayang dia sangat nad...tolonglah i...kenapa dia yang menjadi musuh tradisi syarikat papa i..." tangis qasraa.." u meant, fariel????" tanya nadea. " ya nad..." " sabarlah qas...mungkin ada hikmah di sebalik semua ini." nasihat nadea kepada sahabatnya.
manakala di luar bilik qasraa, seorang lelaki mundar mandir di hadapan pintu biliknya.. ingin diketuk, rasa bersalah itu masih bersarang di jiwanya. tapi dia amat merindukan gadis dengan sepasang mata coklat yang redup itu. dia yakin yang cintanya hanya untuk gadis itu. kalau tidak masakan dia menangis di saat gadis itu memutuskan hubungan mereka. walaupun perkara yang terjadi itu memang berpunca dari dirinya dan papanya. setelah kehilangan gadis itu baru dia sedari bahawa dia benar-benar mencintai gadis itu. hidupnya terasa tidak lengkap tanpanya. jiwanya seakan-akan kosong. akhirnya digagahkan jua tangannya mengetuk. tidak berjawab.. tetapi telinganya dapat menangkap bunyi esakan dari dalam bilik itu. tanpa mempedulikan sesiapa dia terus menolak daun pintu...
" siapa yang benarkan kau masuk ke pejabat aku hah??" amuk qasraa setelah melihat wajah fariel islah. " qas.....aku nak mintak maaf dengan kau qas... aku menyesal dengan apa yang telah aku lakukan dulu.." "arghhhhh!!!! sudah lah fariel islah tan sri reza! aku tak percaya pada kau lagi! aku benci kau! aku benci papa kau! kenapa kau datang lagi??kau masih nak mencuba nasib nak menjatuhkan syarikat papa aku ini???!!" tengking qasraa sehingga hilang sifat kelembutannya selama ini. fariel terdiam sendiri. dia mengaku semuanya berpunca dari papanya...dan silapnya mempermainkan sekeping hati yang rapuh hanya kerana tamakkan harta. dia dapat melihat api kemarahan qasraa seolah-olah menyala di atas kepala. namun dia suka melihat muka yang putih bersih itu kemerah-merahan apabila marah. mahkota yang dulunya panjang bebas kini di baluti sehelai skaf hitam dan selendang oren. penampilan gadisnya telah berubah. walaupun masih mengekalkan gaya moden tetapi padanan pakaiannya mencerminkan gaya seorang muslimah moden yang berkerjaya.
" aku tak berniat apa-apa qas...aku sendiri tidak tahu yang syarikat yang mengeluarkan tender ini syarikat kau. aku hanya menurut kata abang aku supaya datang hari ini. abang aku yang uruskan kesemuanya. dia baru saja mengambil alih tempat arwah papa. aku baru pulang dari korea. selama ini aku di sana membawa hati yang lara. rasa bersalah terhadap kau mematikan rasa aku untuk terus tinggal di sini. namun rajuk yang aku bawa rupa-rupanya menyebabkan aku tidak dapat melihat papa buat kali terakhir. papa aku sudah tiada qas. mungkin balasan Allah. papa meninggal dalam keadaan yang menyayat hati. tapi aku redha di atas pemergiannya. dan aku mintak kau tolong maafkan papa aku qas...." terang fariel dalam sendunya. "stop cheating fariel! aku simpati atas apa yang menimpa papa kau! but please! aku rasa nk muntah bila konon-kononnya kau rasa bersalah dengan apa yang kau lakukan pada aku dulu! aku ingat lagi fariel gelak ketawa kau dan papa kau pada petang itu seolah-olah meraikan kemenangan kau yang berjaya memperbodohkan aku dengan cinta palsu kau! and for your information, tender tu takkan sekali-kali dapat kat company kau! get lost! " "qas... sumpah aku mmg tak harapkan tender tu lagi setelah aku dengar nama kau tadi. aku tau ianya sesuatu yang mustahil.. aku mintak maaf dengan kau bukan kerana nak bermain helah. tapi aku benar-benar rasa bersalah dengan kau dan papa kau....dan untuk pengetahuan kau jugak....aku sangat sayangkan kau dan persahabatan kita bertiga.. dan aku juga masih mencintai kau seperti dahulu..aku balik dulu..assalamualaikum sayang.." setelah melafazkan apa yang terbuku di hatinya, fariel islah melangkah lesu meninggalkan qasraa maisarah yang tergamam dengan pengakuan fariel.

bersambung...

No comments:

Post a Comment