Saturday 26 March 2011

s.a.y.a s.u.k.a.b.a.l.i.k.k.a.m.p.u.n.g!!!

alangkah indahnya hidup ini...bl dpt pulang ke kampung...lalalallala...hye semua....sronoknye cik siti rasakan bila dpt blk kg...bestnye...walapun kne blk U tonite...tp xksah lah...yg penting dpt blk kg...dh lm rasanya xblk kg...sgt rndu msakan mama...bestnye!! smlmmkn kari ikan keli...n masak lemak OTAK....mesti korg semua xlalu kn bl sebut otak...sedappp...rugi korg xmkn...arini mama masak gulai udang, tomyam n daging goreng kicap special saya yg msak..heheheh...n xlupa jgk perut rebu cicah air sam...perghhhhh!  sedappp! tp lauk kg je la semuanye...sbb saya org KAMPUNG!! sy bangga jd org kg...heheheh...n 1 more thing yg best dpt blk kg ni sbb dpt melepaskan rindu pada si tomot...muhammad fahrin fareez bin fadzril....siap dia??haaaaaaaa.... si comel ni ank sepupu saya a.k.a ank sedara sy la....dia ni rapat sgt dgn sy....dh lm xjmpe dia...dh besar n kurus sekarng....kalo sy dh lm x jmpe dia mst akn ckp cmn.." m.teh...bl nk blk??ayeez rindu la..." mau x nanges mak teh nye...hahahah....ni gmbr si tomot,,...


ni gmbr ayeez buat visa










love you!!







my superb tomot!



si hensem saya!


tp ni gmbr lm si tomot...smlm xsempat nk mik gmbr... pape pn...mak teh love you so much syg!! mmmuahhh...








Wednesday 23 March 2011

" komunikasi Chenta 3 "

sambungan..


empat tahun kemudian......
"sayang....bangun la cepat...nad dan hafiz dah sampai tu..." " alaa...abang letih la qas..baru je smpai pagi tadi. nak tidur kejap je...sibuk la si nad ni..hari ni jugak la dia nk sampai.." rungut si suami. si isteri tergelak-gelak sambil menoleh ke arah pintu. " woi! FARIEL ISLAH TAN SRI REZA!!!!!!! bangun aku kata!! cepat!!! jauh aku datang ni suka-suka hati kau je nak tidur!" nadea memukul kepala fariel dengan bantal kecil di tangan tanpa menghiraukan suaminya yang tergelak-gelak bersama qasraa. dengan pantas fariel bangun dalam keadaan terkejut. " NADEA!!! wah wah wah! suka jiwa kau je ceroboh bilik aku dengan qas...kau ingat ni zaman kolej main buli-buli aku??hafiz! baik kau bawak isteri kau ni turun sekarang! hahahahahhahahaha".. " hahahahahhaha...biar la..qas bagi lampu hijau suruh aku buli kau! hahahahha".. mereka ketawa dan terus tertawa dengan riang..
setelah puas memujuk qasraa maisarah akhirnya fariel islah berjaya mendapat kembali gadisnya. pelbagai pahit getir dilalui selama empat tahun bagi memujuk hati qasraa. setelah komunikasi lisannya tidak berjaya, dia mencuba pula cara lain. dia menghantar bunga setiap hari ke pejabat qasraa sehinggakan qasraa diperli oleh papanya yang tergelak melihat biliknya seperti taman bunga. setelah puas dileteri nadea adriana atilya dan tan sri azhar baru lah fariel berjaya menawan semula cinta gadisnya. akhirnya mereka melangsungkan perkahwinan dengan rasa gembira yang tidak terperi...
" sayang...komunikasi lisan abang dulu tak berjaya yakinkan sayang kan?? pada hal abang dah ikut slogan sayang kat syarikat,' komunikasi yang baik dalam sesuatu organisasi akan mendapat hasil yang baik..' " tergelak-gelak qasraa maisarah dengan kata-kata suaminya. " i love you abang.. dari dulu hanya fariel islah tan sri reza yang ada di hati ini....saja je jual mahal dulu nak tengok kesungguhan abang..heheheh.." " oooo..nakal ye isteri abang ni....hahahhaha...i love you too sayang..."

" komunikasi Chenta 2 "

sambungan...

pada suatu pagi.....
" excuse me encik..awak parking di petak parking saya.." ujar seorang wanita tegas dalam kelembutan. 'sudahlah lambat nak pergi mesyuarat ni.mamat ni boleh pulak selamba parking kat tempat aku...haishhhh...sabar qasraa sabar..' gumamnya di dalam hati. " opppss.. sorry.. saya tak perasan la cik,ada nombor plat kereta cik. " ujar pemuda tadi dengan senyuman. dia pun mengubah kenderaan ke tempat lain. qasraa tergesa-gesa meninggalkan tempat parking kerana sudah terlambat. sedangkan pemuda tadi terkial-kial mencari parking lain. setelah itu dia pun berlari-lari anak dan memboloskan diri ke dalam menara azhar itu.
sebaik sahaja tamat mesyuarat itu, qasraa keluar dari bilik mesyuarat dengan hati yang terbakar. dengan pantas dia menelefon sahabatnya yang berada nun jauh di negara atas angin.." nad........" rintih qasraa.." sayang... kenapa ni?? what`s wrong with you dear?" tanya nadea dengan perasaan bimbang yang berkocak di hati. " i jumpa dia nad...i jumpa dia....kenapa dia perlu muncul lagi nad...kenapa? apa lagi muslihat dia...i tak sanggup nad..walaupun i cuba membenci dia, tapi hakikatnya i sayang dia sangat nad...tolonglah i...kenapa dia yang menjadi musuh tradisi syarikat papa i..." tangis qasraa.." u meant, fariel????" tanya nadea. " ya nad..." " sabarlah qas...mungkin ada hikmah di sebalik semua ini." nasihat nadea kepada sahabatnya.
manakala di luar bilik qasraa, seorang lelaki mundar mandir di hadapan pintu biliknya.. ingin diketuk, rasa bersalah itu masih bersarang di jiwanya. tapi dia amat merindukan gadis dengan sepasang mata coklat yang redup itu. dia yakin yang cintanya hanya untuk gadis itu. kalau tidak masakan dia menangis di saat gadis itu memutuskan hubungan mereka. walaupun perkara yang terjadi itu memang berpunca dari dirinya dan papanya. setelah kehilangan gadis itu baru dia sedari bahawa dia benar-benar mencintai gadis itu. hidupnya terasa tidak lengkap tanpanya. jiwanya seakan-akan kosong. akhirnya digagahkan jua tangannya mengetuk. tidak berjawab.. tetapi telinganya dapat menangkap bunyi esakan dari dalam bilik itu. tanpa mempedulikan sesiapa dia terus menolak daun pintu...
" siapa yang benarkan kau masuk ke pejabat aku hah??" amuk qasraa setelah melihat wajah fariel islah. " qas.....aku nak mintak maaf dengan kau qas... aku menyesal dengan apa yang telah aku lakukan dulu.." "arghhhhh!!!! sudah lah fariel islah tan sri reza! aku tak percaya pada kau lagi! aku benci kau! aku benci papa kau! kenapa kau datang lagi??kau masih nak mencuba nasib nak menjatuhkan syarikat papa aku ini???!!" tengking qasraa sehingga hilang sifat kelembutannya selama ini. fariel terdiam sendiri. dia mengaku semuanya berpunca dari papanya...dan silapnya mempermainkan sekeping hati yang rapuh hanya kerana tamakkan harta. dia dapat melihat api kemarahan qasraa seolah-olah menyala di atas kepala. namun dia suka melihat muka yang putih bersih itu kemerah-merahan apabila marah. mahkota yang dulunya panjang bebas kini di baluti sehelai skaf hitam dan selendang oren. penampilan gadisnya telah berubah. walaupun masih mengekalkan gaya moden tetapi padanan pakaiannya mencerminkan gaya seorang muslimah moden yang berkerjaya.
" aku tak berniat apa-apa qas...aku sendiri tidak tahu yang syarikat yang mengeluarkan tender ini syarikat kau. aku hanya menurut kata abang aku supaya datang hari ini. abang aku yang uruskan kesemuanya. dia baru saja mengambil alih tempat arwah papa. aku baru pulang dari korea. selama ini aku di sana membawa hati yang lara. rasa bersalah terhadap kau mematikan rasa aku untuk terus tinggal di sini. namun rajuk yang aku bawa rupa-rupanya menyebabkan aku tidak dapat melihat papa buat kali terakhir. papa aku sudah tiada qas. mungkin balasan Allah. papa meninggal dalam keadaan yang menyayat hati. tapi aku redha di atas pemergiannya. dan aku mintak kau tolong maafkan papa aku qas...." terang fariel dalam sendunya. "stop cheating fariel! aku simpati atas apa yang menimpa papa kau! but please! aku rasa nk muntah bila konon-kononnya kau rasa bersalah dengan apa yang kau lakukan pada aku dulu! aku ingat lagi fariel gelak ketawa kau dan papa kau pada petang itu seolah-olah meraikan kemenangan kau yang berjaya memperbodohkan aku dengan cinta palsu kau! and for your information, tender tu takkan sekali-kali dapat kat company kau! get lost! " "qas... sumpah aku mmg tak harapkan tender tu lagi setelah aku dengar nama kau tadi. aku tau ianya sesuatu yang mustahil.. aku mintak maaf dengan kau bukan kerana nak bermain helah. tapi aku benar-benar rasa bersalah dengan kau dan papa kau....dan untuk pengetahuan kau jugak....aku sangat sayangkan kau dan persahabatan kita bertiga.. dan aku juga masih mencintai kau seperti dahulu..aku balik dulu..assalamualaikum sayang.." setelah melafazkan apa yang terbuku di hatinya, fariel islah melangkah lesu meninggalkan qasraa maisarah yang tergamam dengan pengakuan fariel.

bersambung...

jika dan hanya jika...

jika kasih itu bayu...

ingin aku rasa nyaman hembusannya....

andai itu harganya...

moga dpt aku takluki kesegarannya...

agar layak ku miliki getarannya....

zuemie
0136am
kerismas

sLaMAt HaRi Tua



hepi besady to u...

hepi besday to u...

hepi besday to GEBU....

hepi besday to u.....

2 my beloved fren nuzurul huda zam hasri, hepi besday syg...semoga sentiasa berada dalam limpahan rahmat Ilahi...we L.o.V.e u k! mmmuaaahh!


nuzurul huda!

~ s.A.h.A.b.A.t ~

shbt...andai kau tahu apa yg tersirat d hati ini...pastinya kau ingin slalu ada dekat di sini...kerna yg tersembunyi itu sukar bagi ku utk melafazkannya agar kau mengerti betapa hebatnya rasa d jiwa ini...selubung duka yg lalu telah ku buka hijabnya...agar bisa aku selimutkan kalung kebahagiaan mewarnai mimpi mlm mu...



jannah, huda n atiqa...

thanks 2 3 of u 4 always care n always make my day full of happiness....





















































" komunikasi Chenta "

" bahasa tubuh lebih mudah dimengerti....kerana lisannya susah difahami..."


"....kau dan aku adalah satu takira apa jua..." lagu aizat peserta af5 menjadi halwa telinga qasraa maisarah. sambil berjalan ke kantin kolej, telinga qasraa disumbat dengan earphone tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. begitu la sikap seorang qasraa maisarah. seorang gadis yang tidak suka mengambil peduli tentang orang lain. gadis yang hanya hidup di dalam dunianya sendiri.
" qas! qas!" jerit nadea memanggil sahabatnya. nadea adriana atilya adalah satu-satunya sahabat qasaraa yang ada. bukan dia tidak disukai orang. tetapi qasraa lebih suka begitu. kebanyakan pelajar yang ingin mendekatinya hanyalah kerana kecantikan dan kekayaan yang dimiliknya. tidak seperti nadea yang sangat memahami dan berkawan dengannya secara ikhlas. nadea juga tidak pernah mengambil kesempatan terhadap kebaikan dan kepercayaan yang qasraa berikan padanya. " ini mesti telinga bersumbat benda alah tu." rungut nadea sendirian. dia melajukan langkah kakinya mengejar qasraa. sesampainya dia di sebelah kawannya itu, terus ditarik earphone itu dari telinga qasraa. " weh... dah penat aku jerit nama kau tau. dah berbuih dah mulut aku neh. patut la kau tak dengar. asyik melayan si aizat tu jer." bebel nadea kepada kawannya. " hahahahahahahaha.. kesian kau eh..tapi nak buat macam mana. suara aizat ni lagi sedap dari suara kau! hahahahaahahahhaha". nadea menarik muncung yang dibuat-buat tanda protes dengan kata-kata qasraa. " alamak..muncung kau sebijik dengan muncung itik arwah tok cu aku dulu la...hahahahaha...ololololo.. jangan la merajuk my dearest hunny bunny bucuk ku sayang...aku gurau je la..hehehehhe...nape ko panggil-panggil nama aku ni? rindu kat aku eh?" pujuk qasraa. " ah! tak hingin aku rindu kat kau...baik aku rindukan burung tekukur pak man belakang rumah lagi bagus! hahahahaahah".. akhirnya tercetus tawa dari mulut dua gadis jelita itu.
dari kejauhan, fariel islah memerhatikan kedua-dua gadis tersebut dengan penyesalan yang tidak terhingga. dia menyesali atas segalanya yang berlaku. " kalau lah aku berfikiran waras pada waktu dulu...mungkin sekarang aku sedang bergelak ketawa bersama mereka.. maafkan aku qas.." keluh hati fariel sendiri.  bagaikan terlayar di ruang matanya apa yang berlaku dua tahun yang lalu. saat mereka mula mendaftar di kolej itu. " excuse me" ucap seorang pemuda kacak kepada dua orang gadis. " assalamualaikum" balas si gadis berambut panjang. " eh..waalaikumussalam..hehehhe..maafkan saya. i thought you were chinese.. i`m fariel" terang si pemuda. " it`s ok. dah ramai yang selalu salah sangka. my mom chinese n my dad malay. so, i banyak ikut muka mak. i`m qas... qasraa.. ni my friend nadea" balas si gadis sambil tersenyum. sejak dari detik itu mereka terus berkawan. semakin lama semakin rapat. sebagaimana raja perlukan permaisurinya, begitu lah fariel memerlukan qasraa. begitu juga nadea yang setia menjadi dayang pada kedua-duanya. sejak minggu orientasi sehinggalah ke tahun kedua pengajian mereka, mereka tidak pernah berpisah dalam apa jua aktiviti yang membabitkan kumpulan. dan akhirnya fariel dan qasraa menjalinkan hubungan cinta.  qasraa merasa bangga bila berjalan di sebelah fariel yang tampan dan menjadi pujaan gadis-gadis di kampus. fariel juga begitu. bangga kerana dapat menakluki hati anak gadis tan sri azhar yang cantik jelita itu. sehinggalah pada suatu petang yg mendung....
" bagus islah! tidak sia-sia kepercayaan yang papa berikan kepada kamu. dapat jugak kamu menarik perhatian anak gadis tan sri azhar tu. kamu buatkan dia betul2 jatuh hati dan dengar cakap kamu.. bila tiba masanya nanti, azhar broadcast company akan menjadi milik kamu.. baru tan sri azhar tau siapa yang menang siapa yang kalah!" ujar tan sri reza dengan penuh keangkuhan. " saya tengah usaha la papa. sekarang ni memang saya dan qas tengah bercinta. dia percaya dengan penipuan saya selama ini. hahaha..papa hanya perlu bersabar.. qas pun dah mula mengajak saya bekerja dengan papanya setelah saya tamat belajar nanti pa." balas si anak. tanpa mereka sedari, ada sepasang telinga yang mendengar perbualan mereka...ada sepasang mata yang menyaksikan. dan dia adalah qasraa maisarah tan sri azhar!
" kenapa ni sayang? dari tadi i text you. satu pun you tak balas. you tak sihat ke sayang? i risau ni" ujar sang teruna. " stop calling me sayang fariel islah tan sri reza! i dah tau siapa you sebenar! you risaukan i atau you risaukan company papa i?!!!" balas si dara. " darling.... you cakap apa ni? i cintakan you bukan sebab harta you sayang. i sayang you tulus dari hati i".. fariel cuba melindungi kebenaran dengan kata-kata manisnya. " get lost with your love! your love is just a lie! i hate you! ALLAH masih sayangkan i dan keluarga i fariel! thats why petang tadi i tergerak hati untuk lalu di kawasan taman tu. i dah dengar segala-galanya fariel! enough fariel islah enough! " bentak qasraa maisarah kasar. malam itu hujan turun dengan lebatnya seakan-akan turut sama menangisi kepedihan hati seorang qasraa maisarah.. nadea adriana atilya hanya mampu menjadi pendengar yang setia. sejak dari malam itu, qasraa telah berubah. dia tidak lagi percaya kepada mana-mana lelaki atau perempuan yang cuba mendekatinya. hanya buku, i pad, mp4 dan nadea sahaja dunianya di kampus itu.
" qas... sebenarnya aku ada satu benda nak bagitau kau.." ujar nadea perlahan...qasraa terus menarik sebelah lagi earphone nya yang telah ditarik oleh nadea tadi. " apa hal nya? macam serius je. kau nak kahwin eh??" tuduh qasraa.." bukan la qas.. sebenarnya papa suruh aku uruskan cawangan syarikat papa di london tu lepas aku habis belajar nanti..." terang nadea..." hmmmm... akhirnya kau pun akan pergi tinggalkan aku nad.." keluh qasraa..." qas...... jangan la cakap macam tu. bila cuti aku balik la..tak pun kau pergi la bercuti di sana nanti. ataupun kau ikut aku sekali kerja dengan papa aku. nak tak?" dengan senyuman terpaksa qasraa menjawab, " kau pun tahu kan nad, aku tak ada siapa-siapa lagi dalam dunia ni selain papa. aku takkan tinggalkan papa nad. aku takkan biarkan musuh-musuh papa menjatuhkan papa di saat ketiadaan aku nad. seperti mana papa fariel cuba lakukan. aku takut papa terlepas pandang. papa pun sudah tidak berapa sihat sekarang. lepas sahaja kita grad bulan depan, aku akan terus mengambil alih tempat papa. papa akan berehat. " ucap qasraa dalam sendunya. dia sangat sensitif bila menyebut perihal yang berkaitan dengan papanya. " ye aku faham qas.. same goes with me. sebab itu la aku kena uruskan syarikat di london tu. papa dah tua untuk berulang alik ke sana. jangan risau qas.. aku takkan lupakan kau...aku harap kau pun sama. dh la...jom kita masuk kelas. kalau tak masuk kelas macam mana nak grad! hehehehhe." kata nadea cuba menutup kesedihan yang mereka rasai. itu cerita tiga tahun yang lalu..
sekarang... qasraa maisarah adalah satu nama yang gah dalam bidang broadcasting. beliau menyambung kegemilangan yang dicapai oleh papanya..dia menjadi seorang wanita bekerjaya dan berjaya. walaupun dia seorang yang hebat, tetapi dia selalu berpesan kepada pekerja-pekerja di syarikatnya supaya berkomunikasi dengan pelanggan menggunakan bahasa yang baik,maniskan muka dan ikhlas melakukan kerja. dia juga disenangi dan disayangi oleh pekerjanya kerana dia sentiasa merendah diri dan tidak sombong. dia sentiasa mengingatkan mereka bahawa komunikasi yang baik akan memberi kesan yang baik bagi sesebuah organisasi.

bersambung...

Monday 14 March 2011

memoirs of love

sunyi...selubungi mlm...terusik minda yg terlantar jauh...masih hangat terasa tangan yg membelai...yang mengusik manja...hmmm.....sedap x lagu ni??sedap kan...lagu ni pernah ditujukan khas buat cik siti oleh someone yang sgt sukakan cik siti...suatu masa dulu la...hahahhaha...i love this song even i`m not in love with the one yang give me this song...not anymore..hahahaha...i`m sori...but i have to tell you the truth...and the truth is, MY LOVE WAS NOT FOR YOU....tlg jgn mengharapkan kasihku masih seperti dulu kerna ianya tak mungkin terjadi...kerana...cinta itu,membuai rasa gelora jiwa....meluahkan bahagia yg tiada tara..menyulam kasih di ufuk nyawa...namun,cinta itu rasa....cinta itu hati...cinta itu perasaan...walau tak dpt dimiliki zahirnya....ia tetap bersemadi dijiwa....andai bahagia yg tercipta....menjadi permulaan sebuah cerita...andai derita yg kau rasa...bukanlah pengakhiran sesuatu rasa...kerana cinta...tidak semestinya memiliki........" Allah will fix your broken heart if you give HIM all of the pieces "

Sunday 13 March 2011

jalan yang selalu di lupa...

hai...utk entry kali ni cik siti nk kongsi pasal masalah manusia yang tak menghargai kedua ibu dan bapa...kadang-kadang apa yang dikatakan oleh ibu bapa disalah ertikan oleh anak-anak...bagi yang suka memberontak, setiap bait kata ibu dan bapa di anggap negatif...cik siti nak menyeru kepada semua yang masih mempunyai ibu bapa supaya menghargai dan menyayangi mereka selagi mereka ada...tiada ibu bapa yang mahukan anaknya menjadi tidak berguna...sebaliknya setiap ibu dan bapa ingin kan yang terbaik utk anak2 mereka....4 u my beloved mummy n daddy, cik siti love you both much more than you do...thanks 4 the love that u gave 2 me...i dedicate this poem specially 4 my mama and bapak and also all parents out there....


Sandaran rasa nukilan jiwa


Angin cinta……

Membisik di sukma maya…...
mengejutkan yang terlena…
membelai jiwa yang alpa…...
menghapuskan kedinginan kata…

Api rindu…..

Berlagu sendu….
membakar ranting cinta yang kaku…
menusuk kalbu yang pilu…menagih kasih yang berlagu syahdu…

Lorong bahagia…..
Terhampar di depan mata…
.menginjak harga cinta….
menyemarakkan api rindu…
bersama pohon-pohon kalbu yang rakus menyulam kasih dipinggir jiwa…. 


bebaskan cinta ku..........

Ramai yang kata cinta itu bahagia....cinta itu suka...cinta itu gembira...namun xkurang juga yang mengatakan cinta itu derita...cinta itu sengsara...cinta itu duka....cik siti pun pernah merasai kemanisan dan kepahitan cinta...puisi ini cik siti buat sewaktu hati cik siti tengah walang...waktu putus cinta tapi still sayang lg orang tu...but now alhmdulillah dah sembuh dari duka silam...ewah...hehehehhhe....4 u guys out there, remember, bila putus cinta bukan bermaksud dunia ini dah berakhir....sesungguhnya Allah itu sentiasa bersama kita dalam susah dan senang....kita xmungkin bersendirian walau apa pun yang terjadi.....




Ku larikan pada angin……


Namun ia sentiasa menghembus……


Ku hanyutkan pada ombak………


Namun ia menghempas pantai……..


Ku layarkan di dada langit…….


Namun terlihat di balik awan……


Ku bisikkan pada hati…..


Namun terzahir pada puisi……


Ku cuba berlari…………


Namun kaki terkaku sepi……


Ku keluarkan dari mimpi……..


Namun ternyata ia reality…….

cinta dan kecintaan



bila bercakap tentang cinta, ramai yang hanya memikirkan cinta antara lelaki dan wanita....ramai yg lupa cinta itu luas marhalahnya....cinta kpd ALLAH dan rasul...cinta kepada ibu bapa...cinta kpd kaum keluarga...dan cinta kepada sahabat handai... bila bercakap tentang cinta kepada shbt hndai ni, sy nk ceritakn tentang cinta sy kepada 10 gurls ni...n their love 4 me...hehehehhe....
after allah, rasul n famili, these 9 gurl adalah penerima cinta dan kestiaan saya yg tidak berbelah bagi...onak dan duri kami tempuhi bersama..walau badai menghentam sukma, takkan hilang kasihnya mereka...ruwaida, amalina, haliza, fazila, farizan, umairah, illiana, haziqah n hanisah.... puisi ini ku tujukan khas buatmu semua...

cinta itu kita yang rasa...
kasih itu kita yg punya...
walau siang xkunjung tiba...
atau mlm yg xmenjelma...
tetap utuh persahabtan kita...
namun mutlaknya pd yg ESA...
bersyukurlah sayang dipnjmkn kpd kita....