Saturday, 7 May 2011

P.r.A.k.T.i.k.A.l

hye u ols! lm cik siti xpos kt blog neh....hari tu bz ngn final exam....dh bis exm kalut plak mk praktikal....now cik siti n kwn2 tgh menjalani latihan amali industri a.k.a praktikal la di sebuah jbtn kerajaan di kedah darul aman....alhmdulillah...suma berjln lancar...kpd yg praktikal kt luar negara 2 smoga slamat sumanya....xlupa juga al-fatihah kpd arwah prof.madya. dr.ahmad redzuwan yg telah kembali ke rahmatullah sblom sempat tgk ktorg praktikal....segala pesanan beliau hrp di ingati oleh suma.....kpd suma...kerja rajin2 yah! wlupn praktikl tp mcm keje btol la...suma kne ikt peraturan tau....ngeeee...ok la...jmpa lg...chow!

Wednesday, 6 April 2011

heLLo MaLaySia...

hye semua...dah lama rasanya cik siti x mencoret di sini...hehehehhe...maklum la busy dgn study...dh nk dkt exm pn...tp skrng cik siti berada di umh kwn cik siti di NILAI...dh lm xjmpa dis comel girl RUWAIDA AHMAD..rndu budak kurus neh sgt2...dats y cik siti terbang ke sini...semenjak dua menjak neh bnyk sgt problem yg menimpa cik siti dan kwn2..haish...sabo je la! 4 those yg suka perasan 2, anda d nasihatkan berhenti je la...xde keje cik siti nk mik tau sal mengkeme sekalian...bnyak lg keje yg nk di habiskan.;..ade ke patut, semua status cik siti kt FB dikatanya tuju ke dia...haish...1 pn idok....kisah kome 2 dh lame 2top buku...adeh...udah2 le 2....

p/s : kepada semua, ingtlah...syurga 2 xpasti didiami...jgn neraka yg mengakhiri...

Saturday, 26 March 2011

s.a.y.a s.u.k.a.b.a.l.i.k.k.a.m.p.u.n.g!!!

alangkah indahnya hidup ini...bl dpt pulang ke kampung...lalalallala...hye semua....sronoknye cik siti rasakan bila dpt blk kg...bestnye...walapun kne blk U tonite...tp xksah lah...yg penting dpt blk kg...dh lm rasanya xblk kg...sgt rndu msakan mama...bestnye!! smlmmkn kari ikan keli...n masak lemak OTAK....mesti korg semua xlalu kn bl sebut otak...sedappp...rugi korg xmkn...arini mama masak gulai udang, tomyam n daging goreng kicap special saya yg msak..heheheh...n xlupa jgk perut rebu cicah air sam...perghhhhh!  sedappp! tp lauk kg je la semuanye...sbb saya org KAMPUNG!! sy bangga jd org kg...heheheh...n 1 more thing yg best dpt blk kg ni sbb dpt melepaskan rindu pada si tomot...muhammad fahrin fareez bin fadzril....siap dia??haaaaaaaa.... si comel ni ank sepupu saya a.k.a ank sedara sy la....dia ni rapat sgt dgn sy....dh lm xjmpe dia...dh besar n kurus sekarng....kalo sy dh lm x jmpe dia mst akn ckp cmn.." m.teh...bl nk blk??ayeez rindu la..." mau x nanges mak teh nye...hahahah....ni gmbr si tomot,,...


ni gmbr ayeez buat visa










love you!!







my superb tomot!



si hensem saya!


tp ni gmbr lm si tomot...smlm xsempat nk mik gmbr... pape pn...mak teh love you so much syg!! mmmuahhh...








Wednesday, 23 March 2011

" komunikasi Chenta 3 "

sambungan..


empat tahun kemudian......
"sayang....bangun la cepat...nad dan hafiz dah sampai tu..." " alaa...abang letih la qas..baru je smpai pagi tadi. nak tidur kejap je...sibuk la si nad ni..hari ni jugak la dia nk sampai.." rungut si suami. si isteri tergelak-gelak sambil menoleh ke arah pintu. " woi! FARIEL ISLAH TAN SRI REZA!!!!!!! bangun aku kata!! cepat!!! jauh aku datang ni suka-suka hati kau je nak tidur!" nadea memukul kepala fariel dengan bantal kecil di tangan tanpa menghiraukan suaminya yang tergelak-gelak bersama qasraa. dengan pantas fariel bangun dalam keadaan terkejut. " NADEA!!! wah wah wah! suka jiwa kau je ceroboh bilik aku dengan qas...kau ingat ni zaman kolej main buli-buli aku??hafiz! baik kau bawak isteri kau ni turun sekarang! hahahahahhahahaha".. " hahahahahhaha...biar la..qas bagi lampu hijau suruh aku buli kau! hahahahha".. mereka ketawa dan terus tertawa dengan riang..
setelah puas memujuk qasraa maisarah akhirnya fariel islah berjaya mendapat kembali gadisnya. pelbagai pahit getir dilalui selama empat tahun bagi memujuk hati qasraa. setelah komunikasi lisannya tidak berjaya, dia mencuba pula cara lain. dia menghantar bunga setiap hari ke pejabat qasraa sehinggakan qasraa diperli oleh papanya yang tergelak melihat biliknya seperti taman bunga. setelah puas dileteri nadea adriana atilya dan tan sri azhar baru lah fariel berjaya menawan semula cinta gadisnya. akhirnya mereka melangsungkan perkahwinan dengan rasa gembira yang tidak terperi...
" sayang...komunikasi lisan abang dulu tak berjaya yakinkan sayang kan?? pada hal abang dah ikut slogan sayang kat syarikat,' komunikasi yang baik dalam sesuatu organisasi akan mendapat hasil yang baik..' " tergelak-gelak qasraa maisarah dengan kata-kata suaminya. " i love you abang.. dari dulu hanya fariel islah tan sri reza yang ada di hati ini....saja je jual mahal dulu nak tengok kesungguhan abang..heheheh.." " oooo..nakal ye isteri abang ni....hahahhaha...i love you too sayang..."

" komunikasi Chenta 2 "

sambungan...

pada suatu pagi.....
" excuse me encik..awak parking di petak parking saya.." ujar seorang wanita tegas dalam kelembutan. 'sudahlah lambat nak pergi mesyuarat ni.mamat ni boleh pulak selamba parking kat tempat aku...haishhhh...sabar qasraa sabar..' gumamnya di dalam hati. " opppss.. sorry.. saya tak perasan la cik,ada nombor plat kereta cik. " ujar pemuda tadi dengan senyuman. dia pun mengubah kenderaan ke tempat lain. qasraa tergesa-gesa meninggalkan tempat parking kerana sudah terlambat. sedangkan pemuda tadi terkial-kial mencari parking lain. setelah itu dia pun berlari-lari anak dan memboloskan diri ke dalam menara azhar itu.
sebaik sahaja tamat mesyuarat itu, qasraa keluar dari bilik mesyuarat dengan hati yang terbakar. dengan pantas dia menelefon sahabatnya yang berada nun jauh di negara atas angin.." nad........" rintih qasraa.." sayang... kenapa ni?? what`s wrong with you dear?" tanya nadea dengan perasaan bimbang yang berkocak di hati. " i jumpa dia nad...i jumpa dia....kenapa dia perlu muncul lagi nad...kenapa? apa lagi muslihat dia...i tak sanggup nad..walaupun i cuba membenci dia, tapi hakikatnya i sayang dia sangat nad...tolonglah i...kenapa dia yang menjadi musuh tradisi syarikat papa i..." tangis qasraa.." u meant, fariel????" tanya nadea. " ya nad..." " sabarlah qas...mungkin ada hikmah di sebalik semua ini." nasihat nadea kepada sahabatnya.
manakala di luar bilik qasraa, seorang lelaki mundar mandir di hadapan pintu biliknya.. ingin diketuk, rasa bersalah itu masih bersarang di jiwanya. tapi dia amat merindukan gadis dengan sepasang mata coklat yang redup itu. dia yakin yang cintanya hanya untuk gadis itu. kalau tidak masakan dia menangis di saat gadis itu memutuskan hubungan mereka. walaupun perkara yang terjadi itu memang berpunca dari dirinya dan papanya. setelah kehilangan gadis itu baru dia sedari bahawa dia benar-benar mencintai gadis itu. hidupnya terasa tidak lengkap tanpanya. jiwanya seakan-akan kosong. akhirnya digagahkan jua tangannya mengetuk. tidak berjawab.. tetapi telinganya dapat menangkap bunyi esakan dari dalam bilik itu. tanpa mempedulikan sesiapa dia terus menolak daun pintu...
" siapa yang benarkan kau masuk ke pejabat aku hah??" amuk qasraa setelah melihat wajah fariel islah. " qas.....aku nak mintak maaf dengan kau qas... aku menyesal dengan apa yang telah aku lakukan dulu.." "arghhhhh!!!! sudah lah fariel islah tan sri reza! aku tak percaya pada kau lagi! aku benci kau! aku benci papa kau! kenapa kau datang lagi??kau masih nak mencuba nasib nak menjatuhkan syarikat papa aku ini???!!" tengking qasraa sehingga hilang sifat kelembutannya selama ini. fariel terdiam sendiri. dia mengaku semuanya berpunca dari papanya...dan silapnya mempermainkan sekeping hati yang rapuh hanya kerana tamakkan harta. dia dapat melihat api kemarahan qasraa seolah-olah menyala di atas kepala. namun dia suka melihat muka yang putih bersih itu kemerah-merahan apabila marah. mahkota yang dulunya panjang bebas kini di baluti sehelai skaf hitam dan selendang oren. penampilan gadisnya telah berubah. walaupun masih mengekalkan gaya moden tetapi padanan pakaiannya mencerminkan gaya seorang muslimah moden yang berkerjaya.
" aku tak berniat apa-apa qas...aku sendiri tidak tahu yang syarikat yang mengeluarkan tender ini syarikat kau. aku hanya menurut kata abang aku supaya datang hari ini. abang aku yang uruskan kesemuanya. dia baru saja mengambil alih tempat arwah papa. aku baru pulang dari korea. selama ini aku di sana membawa hati yang lara. rasa bersalah terhadap kau mematikan rasa aku untuk terus tinggal di sini. namun rajuk yang aku bawa rupa-rupanya menyebabkan aku tidak dapat melihat papa buat kali terakhir. papa aku sudah tiada qas. mungkin balasan Allah. papa meninggal dalam keadaan yang menyayat hati. tapi aku redha di atas pemergiannya. dan aku mintak kau tolong maafkan papa aku qas...." terang fariel dalam sendunya. "stop cheating fariel! aku simpati atas apa yang menimpa papa kau! but please! aku rasa nk muntah bila konon-kononnya kau rasa bersalah dengan apa yang kau lakukan pada aku dulu! aku ingat lagi fariel gelak ketawa kau dan papa kau pada petang itu seolah-olah meraikan kemenangan kau yang berjaya memperbodohkan aku dengan cinta palsu kau! and for your information, tender tu takkan sekali-kali dapat kat company kau! get lost! " "qas... sumpah aku mmg tak harapkan tender tu lagi setelah aku dengar nama kau tadi. aku tau ianya sesuatu yang mustahil.. aku mintak maaf dengan kau bukan kerana nak bermain helah. tapi aku benar-benar rasa bersalah dengan kau dan papa kau....dan untuk pengetahuan kau jugak....aku sangat sayangkan kau dan persahabatan kita bertiga.. dan aku juga masih mencintai kau seperti dahulu..aku balik dulu..assalamualaikum sayang.." setelah melafazkan apa yang terbuku di hatinya, fariel islah melangkah lesu meninggalkan qasraa maisarah yang tergamam dengan pengakuan fariel.

bersambung...

jika dan hanya jika...

jika kasih itu bayu...

ingin aku rasa nyaman hembusannya....

andai itu harganya...

moga dpt aku takluki kesegarannya...

agar layak ku miliki getarannya....

zuemie
0136am
kerismas

sLaMAt HaRi Tua



hepi besady to u...

hepi besday to u...

hepi besday to GEBU....

hepi besday to u.....

2 my beloved fren nuzurul huda zam hasri, hepi besday syg...semoga sentiasa berada dalam limpahan rahmat Ilahi...we L.o.V.e u k! mmmuaaahh!


nuzurul huda!